JOHOR BAHRU – Sebanyak 6,208 kes buli membabitkan pelajar sekolah direkodkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), setakat Oktober 2024 menerusi sistem Sahsiah Diri Murid (SDM).
Ketua Pengarahnya, Azman Adnan berkata, jumlah itu dilihat menurun berbanding 6,528 kes yang direkodkan tahun lalu dan 3,883 pada tahun sebelumnya.