“Kami cukup kecewa dan rasa terhina dengan laporan palsu yang dibuat,” demikian luahan Penguasa Kanan Bomba II, Norshuhada Amsari terhadap tindakan pempengaruh permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin atau Ija, 38, dan adiknya Tengku Abdul Aziz, 30, yang membuat laporan palsu berhubung kehilangan diri sendiri.
Menurut Ketua Zon 4, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor itu, operasi menyelamat yang dijalankan pasukannya di Sungai Tui, Bukit Kepong pada 14 Julai lalu telah membahayakan keselamatan anggotanya dan mengganggu keutamaan operasi lain yang lebih penting.