ALOR SETAR – Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari mencabar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk ‘berlawan’ di gelanggang Dewan Rakyat.
Ia susulan tindakan Sanusi mencabar Menteri Pendidikan dan Pengarah Pendidikan Kedah untuk ‘berlawan’ di gelanggang Dewan Undangan Negeri (DUN) berkaitan isu politik kepartian dalam sistem pendidikan.