KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat pada Khamis bergema dengan laungan ‘Kekal Anwar’ sejurus selesai pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beberapa Ahli Parlimen dilihat melaungkan slogan tersebut sebelum Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng menangguhkan sesi persidangan kepada Isnin hadapan.