SEREMBAN – Kementerian Pertahanan akan melaksanakan Latihan Percubaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 membabitkan 200 pelatih lelaki secara sukarela yang berlangsung selama 14 hari bermula 12 Januari depan, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.
Beliau berkata, latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun dengan permohonan boleh dilakukan di laman sesawang Kementerian Pertahanan, www.mod.gov.my sehingga 23 November ini.