KUALA LUMPUR – Setelah hampir tujuh tahun semenjak dimansuhkan pada 2018, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 kembali semula tahun ini selepas Kementerian Pertahanan bersetuju melaksanakannya dengan konsep dan format baharu.
Sebagai permulaan, Kem Rejimen 515 Askar Wataniah di sini menjadi lokasi pertama pelaksanaannya dan dianggarkan lebih 130 pelatih sukarela dari seluruh negara dijadualkan melaporkan diri esok bagi Latihan Percubaan PLKN 3.0 itu.