Rumusan
Tun Daim Zainuddin meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada pagi Rabu di usia 86 tahun.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan bahawa Timbalan Pendakwa Raya (TPR) akan memutuskan tindakan seterusnya berhubung kes melibatkan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Dr Daim Zainuddin.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berikutan kematian Allahyarham Tun Daim pada pagi Rabu.
Pemimpin kerajaan dan pembangkang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pagi Rabu, dan menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar yang tiada ganti buat negara.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, Daim terkenal sebagai tokoh ekonomi dan politik yang banyak menyumbang kepada pembangunan Malaysia dan memainkan peranan penting dalam usaha menstabilkan ekonomi negara semasa krisis ekonomi pada tahun 1980-an dan 1990-an.
Persidangan Dewan Rakyat bertafakur selama seminit bagi menghormati kematian bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pada pagi Rabu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebelum itu bangkit memaklumkan mengenai pemergian tokoh politik berkenaan dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Pemergian bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin pada usia 86 tahun disifatkan sebagai satu kehilangan besar seorang tokoh ternama yang tiada galang gantinya.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang turut terkesan dengan berita duka itu berkongsi momen dengan Daim sewaktu beliau menjawat jawatan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan.
Timbalan Perdana Menteri mengucapkan takziah seluruh ahli keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin.
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin.
Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Tun Daim Zainuddin, yang telah kembali ke rahmatullah.
Bernama melaporkan van yang membawa jenazah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggalkan pekarangan sebuah hospital swasta untuk dibawa ke kediamannya di Bukit Tunku hari ini.
#PetalingJaya Van yang membawa jenazah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggalkan pekarangan sebuah hospital swasta untuk dibawa ke kediamannya di Bukit Tunku hari ini.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau kehilangan sahabat yang sama-sama berjuang untuk agama, bangsa dan negara susulan kematian bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.
Menurutnya, khabar duka pemergian Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin amat menyedihkan.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pada pagi Rabu.
Perkara itu dizahirkan Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai sebelum menjawab soalan Dr Kelvin Yii (PH-Bandar Kuching) ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat.
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada pagi Rabu di usia 86 tahun.
Perkara berkenaan disahkan peguam, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar yang mewakili Daim dan isterinya, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid dalam kes mahkamah.