SANDAKAN – Laporan kajian mengenai impak kecerdasan buatan (AI), pendigitalan dan ekonomi hijau terhadap tenaga dan pasaran kerja di Malaysia akan siap pada hujung bulan ini, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.
Beliau berkata, laporan kajian yang dibuat pihaknya itu akan menjadi panduan dalam mendepani cabaran ekonomi abad ke-21 sekali gus persediaan untuk memberi latihan kepada pekerja-pekerja di sektor terkesan.