SHAH ALAM – Seramai sembilan bekas Presiden Majlis Peguam mengkritik sebarang cadangan atau usaha untuk melantik ‘orang’ luar’ sebagai Hakim Besar Malaya.
Menerusi satu kenyataan bersama, kumpulan itu juga menggesa supaya kerajaan menghormati amalan biasa iaitu melantik Hakim Mahkamah Persekutuan yang sedang berkhidmat untuk mengisi jawatan tersebut.