SHAH ALAM – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan memperhalusi cadangan menempatkan warden sepenuh masa berjawatan kontrak di semua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara.
Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, cadangan tersebut telah dikemukakan beliau ketika perbincangan dengan Ketua Pengarah Mara untuk memastikan budaya buli ini dapat dikekang sepenuhnya.