KUALA LUMPUR – Tindakan mengejut Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berhubung tarif yang mendapat kecaman dari seluruh dunia telah mendorong perkumpulan seperti ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU) untuk mempercepat pembentukan pakatan, meningkatkan daya tahan ekonomi mereka terhadap risiko sedemikian.
Chris Humphrey, Pengarah Eksekutif Majlis Perniagaan EU-ASEAN yang berpangkalan di Singapura, berkata, tarif yang dikenakan ke atas 168 negara sehingga mengganggu keseluruhan ekonomi global boleh menyebabkan para pegawai dari kedua-dua perkumpulan itu menilai semula Perjanjian Perdagangan Bebas EU-ASEAN, yang rundingannya telah ditangguhkan sejak 2009.