KOTA KINABALU – Tindakan undang-undang melalui saman pemula (Originating Summons atau OS) yang difailkan oleh Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah terhadap Kerajaan Persekutuan sebelum ini telah menjadi pemangkin kepada beberapa keputusan penting berkaitan tuntutan hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick berkata, meskipun tindakan OS itu ditarik balik pada September 2023, pelbagai keputusan penting telah berjaya dipercepatkan oleh kerajaan Persekutuan hasil tekanan dan usaha yang dilakukan.