JOHOR BAHRU – Pemandu kereta BMW yang diburu polis kerana menghilangkan diri selepas melanggar sebuah Perodua Aruz sehingga mengakibatkan pemandunya patah tangan, didenda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat.
Majistret Nur Fatin Mohamad Farid menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Christopher Lim Ka Hen, 27, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.