WASHINGTON – Stok makanan yang terperuk di gudang dan boleh disalurkan kepada kira-kira 3.5 juta orang selama sebulan semakin menghampiri tarikh luput setelah Amerika Syarikat (AS) memotong bantuan kepada agensi antarabangsa pada Januari lalu.
Bekas staf di Agensi AS untuk Pembangunan Antarabangsa (USAID) mendedahkan lambakan bekalan makanan itu mungkin terpaksa dimusnahkan melalui kaedah pembakaran atau dijadikan sumber makanan haiwan.