IPOH – [DIKEMAS KINI] Pasukan polis mengambil masa hampir sejam bagi memusnahkan sebutir bom mortar yang ditemui di Kilometer 265, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora di sini pada Isnin.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, maklumat awal penemuan bom lama itu diterima daripada seorang pekerja kontrak yang menjalankan kerja-kerja pembersihan sekitar jam 9.30 pagi.