RANAU – Laluan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu ditutup sepenuhnya susulan keadaan cuaca yang kurang baik dan air mengalir deras menuruni laluan pendaki di Sayat-Sayat, pada Jumaat.
Menurut kenyataan Taman-Taman Sabah (TTS), kesemua pendaki yang telah melepasi laluan berkenaan telah diarahkan turun dengan serta-merta dan selamat tiba di Panalaban.