KOTA BHARU – Laluan baharu Batik Air dari Subang SkyPark ke Kota Bharu yang melakukan penerbangan terus ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) yang bermula hari ini bakal merancakkan trafik pelancongan dan meningkatkan ekonomi Kelantan secara keseluruhan.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan, Zameri Mat Nawang berkata, sebelum ini, Subang SkyPark tidak melakukan penerbangan terus ke LTSIP dan hanya mempunyai laluan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Kota Bharu.