SEREMBAN – Selepas sebulan, berlaku lagi kemalangan disebabkan melanggar lampu isyarat merah di Matahari Height di Senawang di sini Isnin lalu.
Video kejadian kira-kira jam 9.28 malam itu turut tular di media sosial yang memaparkan perlanggaran membabitkan dua buah motosikal.