CAMERON HIGHLANDS – Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach) menggesa agar semua projek pembangunan berimpak tinggi di kawasan itu dihentikan sementara susulan kebimbangan berlakunya bencana tanah runtuh dan banjir lumpur ketika fenomena La Nina melanda.
Presidennya, A Dilip Martin berkata, amaran awal fenomena La Nina yang dijangka bermula pada musim sejuk tahun ini sehingga awal 2026 perlu diberi perhatian serius kerana taburan hujan yang lebih tinggi daripada biasa berpotensi mengundang risiko besar terhadap keselamatan penduduk.