SHAH ALAM – Seorang warga emas tanpa pasangan memerlukan kira-kira RM2,690 sebulan untuk mengekalkan taraf hidup yang munasabah semasa bersara.
Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Ahmad Zulqarnain Onn berkata, pihaknya melancarkan panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) yang membolehkan ahli menetapkan sasaran simpanan mengikut gaya hidup serta aspirasi persaraan berbeza.