Tidak dinafikan insurans perubatan adalah penting kerana ia dapat melindungi dan membantu kita sewaktu mengalami kecemasan masalah kesihatan. Namun, bukan semua individu berkemampuan untuk mengambil insurans perubatan ini kerana memerlukan komitmen bayaran pada setiap bulan.
Terbaharu, Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh memanfaatkan Akaun 2 untuk membeli insurans dan takaful menerusi platform i-Lindung. Ia merangkumi perlindungan hayat dan penyakit kritikal yang disediakan syarikat insurans serta pengendali takaful diluluskan seperti FWD Takaful Berhad, Prudential Assurance Malaysia Berhad, Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Life Insurance Berhad dan Etiqa Family Takaful Berhad.