SHAH ALAM – Kekurangan pekerjaan buruh mahir antara faktor menyumbang kepada kira-kira 1.95 juta pekerja berpendidikan tinggi di Malaysia bekerja dalam pekerjaan berkemahiran rendah setakat suku ketiga 2024.
Pakar ekonomi, Dr Muhamad Rias KV Zainuddin berkata, walaupun ia lebih baik berbanding tidak bekerja langsung, namun kebanyakan mereka tidak menerima pendapatan setimpal dan tidak selaras dengan tahap pendidikan.