KOTA BHARU – Demi memastikan warisan peralatan memasak tradisional tidak ditelan zaman, seorang belia dari Kampung Penambang, Pantai Cahaya Bulan di sini, tekad mengumpul dan menjual kuali serta belanga tembaga yang semakin sukar didapati di pasaran.
Mohd Khairullah Ahmad Shabastian, 39, berkata, minatnya terhadap barangan tembaga timbul secara semula jadi, meskipun keluarganya memiliki sejarah dalam pertukangan tradisional.