Bagi yang menggemari kuih berinti manisan pastinya menyukai buah melaka, ketayap atau semua jenis kuih tradisi tersebut. Selain lembut dan senang dimakan kepelbagaian rasa menyebabkan kuih-muih tradisi ini sentiasa menjadi pilihan semua lapisan masyarakat.
Bagi yang biasa makan kuih tradisional, pasti akan perasan sejenis kuih yang dibuat dengan menggunakan tepung pulut dan dibentuk secara bujur. Kuih yang dinamakan Ulat Bulu ini rasanya lebih kurang sama dengan buah melaka atau onde-onde.