Kuala Lumpur bakal ‘dirampas’!
Itulah misi utama kumpulan rock ternama tanah air, Akim & The Majistret, yang bakal mengadakan konsert solo pertama mereka bertajuk Akim & The Majistret Rampas Kuala Lumpur pada 28 Jun 2025, jam 8.30 malam di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.