SHAH ALAM – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) kini memperkenalkan logo baharu sebagai usaha memperkukuh identiti serta peranan dalam menyemai perpaduan nasional di peringkat akar umbi.
Logo yang digunakan sejak tahun 2005 itu digantikan dengan rekaan baharu yang lebih segar, moden dan penuh simbolik, selaras dengan tema “Memperkasa Komuniti, Memperkukuh Perpaduan”.