ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri Johor kini dalam proses mendapatkan bantuan tangki air dari daerah lain di Johor serta negeri-negeri lain bagi mengatasi krisis gangguan bekalan air yang melanda Johor Bahru ketika ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebelum bermulanya Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15, pagi Khamis.