PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengenal pasti penempatan sementara bagi pelajar terjejas akibat kebakaran blok asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak di ibu negara, semalam.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, penempatan baharu itu penting bagi memastikan kesinambungan pembelajaran pelajar yang bergantung sepenuhnya kepada kemudahan asrama kerana kesukaran untuk berulang-alik dari rumah.