BANGI – Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang membentangkan pindaan Akta Pendidikan 1996 yang mewajibkan semua kanak-kanak warganegara Malaysia mendapat akses pendidikan hingga ke peringkat sekolah menengah, dalam sesi Parlimen akan datang.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pindaan berkenaan adalah kesinambungan dasar kerajaan yang mewajibkan semua kanak-kanak mendapat pendidikan hingga tamat sekolah rendah sebelum ini.