SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa majlis pengumuman dan penyerahan slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 dibenarkan untuk diadakan di peringkat sekolah, dengan syarat semua calon yang menduduki peperiksaan tersebut turut diraikan.
Menurut kenyataan KPM, majlis seperti ini perlu melibatkan semua calon SPM dan bukan hanya segelintir pelajar cemerlang sahaja, bagi menghargai usaha setiap individu yang telah berkerja keras dan menyumbang kepada pencapaian keseluruhan sekolah.