KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membantu seorang suspek kes bunuh melepaskan diri, bulan lepas.
Mohd Syhrulazlan Mohd Safri, 35, didakwa cuai dan dengan sengaja membantu Mohd Hafeez Ali, 45, yang terlibat dalam kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan melepaskan diri dengan tidak menangkap suspek di taman permainan berhampiran sebuah kondominium di Gombak pada jam 12.15 tengah malam, 29 Jun lepas.