Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) menjanjikan persembahan memukau, khas buat peminat muzik tradisional tempatan, menerusi konsert Simfoni Budaya II yang dijadualkan pada 5 Julai depan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) Kuala Lumpur.
Dalam satu kenyataan, MPO berkata konsert itu merupakan lanjutan kejayaan konsert Simfoni Budaya I tahun lepas yang mengangkat irama keroncong dan ghazal ke peringkat lebih tinggi melalui gubahan orkestra menampilkan Datuk Yusni Hamid, Asmidar dan Haziq Rosebi.