SUNGAI PETANI – Komuniti Madani berperanan sebagai perantara bagi kerajaan dan rakyat dalam usaha memastikan dasar dan polisi yang ingin dilaksanakan adalah selaras dengan keperluan dan kepentingan rakyat.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufik Johari berkata, Komuniti Madani menjadi platform menyalurkan informasi terkini dan sahih mengenai dasar-dasar serta inisiatif-inisiatif kerajaan supaya ia sampai ke pengetahuan rakyat secara bersasar dan berterusan.