Dell telah memperkenalkan dua komputer riba gaming dalam siri Alienware 16 Aurora dan 16X Aurora. Kedua-dua model ini direka untuk memenuhi keperluan mereka yang mencari komputer riba berprestasi tinggi dengan rekaan yang moden.
Kedua-dua model dilengkapi dengan skrin IPS sebesar 16-inci. Model Alienware 16 Aurora menawarkan resolusi 2560 x 1600 piksel (QHD+) dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 300nits. Sementara itu, 16X Aurora pula menggunakan skrin QHD+ dengan kecerahan 500 nits dan kadar segar semula 240Hz.