CHERAS – Kompleks Masjid As-Syakirin yang bernilai RM27 juta akan dibina di atas tanah seluas lebih dua hektar di Seksyen 1, Bandar Mahkota Cheras di sini.
Pengerusi Masjid As-Syakirin, Wan Mohd Jefri Wan Ibrahim berkata, masjid itu akan dapat menampung 1,500 hingga 2,000 jemaah pada satu-satu masa selain dilengkapi kemudahan seperti dewan serba guna, tandas, tempat wuduk, bilik pengurusan jenazah dan kuarters.