Komposer yang juga anggota kumpulan Exists, Ajai menjelaskan dia tidak berniat menutup pintu rezeki atau menyebelahi mana-mana pihak ketika mengulas kontroversi penganjuran konsert kumpulan 4U2C, iaitu WE 4U2C Live In Concert, baru-baru ini.
Ajai atau nama sebenar, Mohamad Faizal Maas, 50, berkata selain menjawab pertanyaan media, kenyataan dibuat adalah perkongsian fakta dalam hal berkaitan atas niat mendidik.