Bila tiba bulan puasa, pasti ibu-ibu buntu memikirkan menu untuk sahur dan berbuka lebih-lebih lagi jika ada anak-anak kecil yang baru nak belajar berpuasa. Menu yang dimasak haruslah menambat selera mereka. Khas untuk anda, RASA kongsikan 30 resipi aneka lauk pauk mudah yang sesuai disajikan sewaktu sahur sepanjang bulan puasa nanti. Paling penting, sedap dan mudah dimasak.