SHAH ALAM – Kolej Queens memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama beberapa pemain industri utama bagi memperkenalkan Diploma Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL) dalam bidang perakaunan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Queens, Airil Razali berkata, perjanjian berkenaan ditandatangani bersama PwC Malaysia, The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), Akademi MySyarikat, Study Hub Student Advisory, Kumpulan Pendidikan TQP, Kumpulan Pendidikan TYMBA dan Institut Kemahiran Permata.