LONDON – Kerajaan mengambil pendekatan membina kolam takungan air pelbagai guna sebagai antara usaha mitigasi banjir dalam negara, sekali gus mengurangkan kerugian akibat bencana alam itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, menerusi pembinaan kolam takungan sedemikian, ia bukan sahaja akan menakung jumlah air hujan yang banyak, tetapi digunakan sebagai simpanan apabila musim kemarau.