< Kembali

Klinik STL 2025 Bakal Cetus Transformasi, Sertai Kem Latihan Asas Di Pusat Akademi Sepak Takraw Negara Yang Pertama Di Malaysia!

Sukan
Gempak
46 Hari

Klinik Sepak Takraw League (Klinik STL 2025) kembali untuk edisi 2025 dengan pendekatan yang lebih menyeluruh dan eksklusif, membawa misi mencungkil bakat-bakat muda dalam sukan sepak takraw dari peringkat akar umbi. 
 

Sasaran utamanya, membentuk generasi baharu bintang sukan negara berumur 13 hingga 17 tahun untuk menyerlahkan bakat mereka melalui sesi latihan intensif dan pendedahan profesional.
 
Antara keistimewaan utama tahun ini ialah peluang untuk peserta terbaik dari setiap lokasi terpilih menyertai Kem Latihan Asas di Pusat Akademi Sepak Takraw Malaysia. 
 
Pusat pembangunan sukan pertama seumpamanya di Malaysia ini lengkap dengan kemudahan dan struktur latihan lebih baik, termasuk pelbagai fasiliti lengkap serta moden. 
 
Pusat ini berperanan sebagai hab latihan negara, dan bakal menjadi platform latihan bertaraf tinggi bagi mencorakkan potensi remaja ke tahap seterusnya, selari dengan hala tuju pembangunan bakat sukan negara.
 
Pusat Akademi Sepak takraw ini bakal menjadi lokasi impian bagi bakat muda yang terpilih, di mana mereka akan mendapat bimbingan intensif daripada jurulatih dan pemain kebangsaan, menggunakan modul pembangunan profesional yang telah dirangka khusus untuk mencungkil dan membentuk generasi bintang sukan masa depan. 
 
Klinik STL 2025 akan berlangsung di empat lokasi yang juga merupakan gelanggang rasmi STL Premier iaitu di Kuala Lumpur, Johor, Perak dan juga Pulau Pinang.
 
Inilah Masanya Untuk Menyerlahkan Potensi Anda! Klinik STL Kini Dibuka Pendaftarannya Di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Sertai Kami Dan Jadilah Bintang Seterusnya Di Pentas STL
 

Teruskan membaca di Aplikasi
Top Publisher On SEENI