PERSATUAN Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) merancang untuk menganjurkan pertandingan reka cipta logo baharu pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City) bagi kegunaan musim seterusnya.
Presiden KLFA, Syed Yazid Syed Omar berkata, ini kerana beliau mahu KL City kembali dengan gelaran “The Hawks” yang dilihat menggambarkan kekuatan dan ketangkasan pasukan.