BANGI – Kementerian Kesihatan tidak berhasrat menarik balik larangan merokok di pejabat yang berkuat kuasa bermula 1 Januari lepas, kata menteri berkaitan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata, semua akta dan peraturan berkaitan termasuk Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) akan terus dikuatkuasakan seperti yang telah ditetapkan.