BANGI – Kementerian Kesihatan komited untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah bagi memberikan nilai tambah yang signifikan kepada pesakit, terutamanya umat Islam.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, konsep patuh syariah merangkumi bukan sahaja perkhidmatan kesihatan dan kemudahan, tetapi juga alat perubatan dan farmaseutikal sekali gus mencerminkan komitmen Malaysia dalam penjenamaan nilai patuh syariah.