JOHOR BAHRU – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap kerajaan negeri lain mengikut langkah Johor yang turut sama memberikan perhatian kepada fasiliti kesihatan agar proses naik taraf yang ‘long overdue’ dapat dipercepat selaras pendekatan ‘whole-of-government’.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ini kerana langkah Johor menyalurkan peruntukan terhadap tiga klinik kesihatan di negeri itu dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kesihatan di klinik terlibat.