PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan konsep ‘Satu Doktor, Satu Keluarga’ diperkasakan kembali untuk memastikan setiap keluarga di Malaysia mempunyai seorang doktor keluarga yang dikenali, dipercayai, dan mudah diakses.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berpendapat konsep tersebut merupakan satu langkah ke hadapan yang akan menjamin sektor kesihatan negara berada dalam situasi yang mampan.