TAWAU – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memberi fokus untuk membangunkan infrastruktur jalan, air dan elektrik di kawasan luar bandar serta pedalaman Sabah bagi memastikan kehidupan lebih selesa kepada penduduk di kawasan berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, pada masa ini Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.