TENOM – Mahkamah Majistret yang mendengar perbicaraan kes Ebit Lew pada Jumaat merekodkan mesej perbualan pengadu yang dikemukakan di mahkamah sebelum ini.
Perbualan mesej itu direkodkan selepas peguam, Datuk Ram Singh memohon kepada mahkamah dalam pemeriksaan balasnya terhadap pengadu yang juga saksi pendakwaan kesembilan untuk membaca laporan kes forensik digital yang telah dikemukakan sebagai bahan bukti kes ini.