WELLINGTON – Kerajaan New Zealand akan menyediakan kit vape atau rokok elektronik secara percuma kepada orang dewasa di negara itu yang ingin berhenti merokok mulai minggu depan, lapor Xinhua.
Perkhidmatan Berhenti Merokok di seluruh New Zealand akan menerima kit permulaan vape yang akan diberikan secara percuma kepada perokok dewasa, terutamanya untuk membantu mereka yang telah mencuba kaedah lain untuk berhenti, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Casey Costello pada Selasa.