Selepas kejayaan drama bersiri Bidaah dan Pabila Dia Tersenyum, Viu kini tampil dengan sebuah lagi karya yang dijangka bakal mencuri hati ramai berjudul Lambaian Huda.
Drama bersiri 15 episod ini diadaptasi daripada novel tulisan penulis tersohor, Mohd Nazmi Yaakub, dan bakal menemui penonton bermula 29 Mei 2025 dengan episod baharu setiap Khamis, Jumaat dan Sabtu, eksklusif di Viu.