KUALA TERENGGANU – Umat Islam diingatkan supaya berwaspada dengan ancaman bala tentera Ahzab Moden yang kini bergerak secara halus dan terancang untuk melemahkan Islam melalui serangan ideologi, pemikiran dan budaya.
Peringatan itu disampaikan menerusi khutbah Jumaat di seluruh Terengganu yang bertajuk Cabaran Ahzab Moden, bersempena bulan Syawal yang mengimbau kembali peristiwa Perang Ahzab atau peperangan Khandaq yang berlaku pada tahun kelima hijrah.